DOSA DAN PAHALA

DOSA
Pengertian dosa pada bahasa: Hukuman atau balasan
Pengertian dosa pada istilah: Balasan buruk daripada Allah disebabkan melakukan sesuatu yang dilarang olehnya atau meninggalkan sesuatu yang diperintahkannya.

Dosa besar: Setiap dosa yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis serta diakhiri sebutannya dengan ancaman api neraka atau mendapat kemurkaan atau seksaan.
Dosa kecil: Segala kesalahan yang berada di luar batasan hukum dan seksaan di akhirat yang mana larangannya tidak disertai dengan ancaman kemurkaan dan seksaan.

PAHALA 
Pengertian pahala pada bahasa: Ganjaran atau balasan
Pengertian pahala pada istilah: Ganjaran baik yang dikurniakan oleh Allah kerana mematuhi perintahnya dan menjauhi larangan-nya





















Faktor Yang Mendorong Seseorang Melakukan Dosa:

  • Hasutan syaitan
  • Pengaruh hawa nafsu
  • Kurang didikan agama
  • Lemah iman dalam diri
  • Pengaruh suasana masyarakat, kawan-kawan dan media massa
  • Tiada wawasan kehidupan akhirat 
 Faktor Yang Mendorong Seseorang Mendapat Pahala:

  • Berusaha membuat kebaikan
  • Mencari kawan-kawan yang baik dan sentiasa menghadiri majlis ilmu
  • Mendapat didikan agama yang secukupnya
  • Melakukan amal kebajikan
  • Banyak melakukan ibadat kepada Allah
  • Mempunyai wawasan kehidupan akhirat
 Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Dosa:

  • Meninggalkan tuntutan Rukun Islam dan Rukun Iman
  • Melanggar batas-batas hak sesama makhluk seperti mengumpat, mencaci, membuat fitnah, mangadu domba, melihat aurat bukan mahram dan lain-lain
  • Melakukan maksiat kepada Allah
 Amalan Yang Boleh Membawa Kepada Pahala:

  • Menunaikan tuntutan Rukun Islam seperti solat lima waktu, berpuasa, menunaikan haji dan menunaikan zakat
  • Melakukan amalan sunat seperti bersedekah dan membantu orang yang kurang upaya
  • Memenuhi hak ibu bapa, anak-anak serta ahli keluarga lain


0 Comments